ARTIKEL

TEPAT KE SASARAN... Martha Evyanna melakukan sepakan ke arah lawannya. | FOTO MOHD. ALIF NONI

Trio taekwondo Sarawak mara suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Kem taekwondo Sarawak membuka saingan hari ini dengan perkembangan positif apabila Elvyna Fidellia, Martha Evyanna dan Edison Phang masing-masing mara ke suku akhir selepas melepasi pusingan 16 terbaik di Pusat Konvensyen Ideal IDCC, pagi tadi.

Ketiga-tiga wakil Sarawak mencatat kemenangan 2-0 ke atas lawan masing-masing.

Elvyna terlebih dahulu mengesahkan slot ke suku akhir kategori flyweight wanita selepas menewaskan wakil Kelantan, Nur Irdina, 2-0.

Martha kemudian mencatat keputusan sama dalam kategori finweight wanita selepas mengatasi wakil Perak, Nur Aleeya Maisara, manakala Edison melengkapkan kemenangan bersih trio itu dalam kategori finweight lelaki selepas menewaskan wakil Sabah, Kobe Cruz Orow, 2-0.

Cabaran lebih getir menanti ketiga-tiga atlet Sarawak di suku akhir apabila Martha akan berdepan wakil Sabah, Sukie Alinskie J. Palikat, manakala Elvyna menentang Nik Naura dari Kedah.

Edison pula akan bertemu wakil Wilayah Persekutuan, Loi Kai Hek, dalam usaha meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Dengan hanya satu kemenangan lagi diperlukan untuk melangkah ke separuh akhir, kem taekwondo Sarawak kini berada pada landasan positif untuk memburu kejayaan lebih besar pada temasya SUKMA 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU