ARTIKEL

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. REUTERS/Kevin Lamarque | Bernama

Trump akui tarif 145 peratus ke atas China tinggi, jangka akan dikurangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengakui bahawa kadar tarif sebanyak 145 peratus ke atas China adalah tinggi, namun beliau percaya kadar itu akan dikurangkan secara ketara, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Betul. 145 peratus memang sangat tinggi. Dan ia tidak akan kekal setinggi itu. Ia pernah mencecah paras itu. Kita bercakap tentang isu fentanyl, yang pelbagai unsur menjadikannya meningkat kepada 145 peratus. Tidak, ia tidak akan kekal sedemikian tinggi,” kata Trump kepada wartawan pada Selasa.

“Ia akan diturunkan dengan banyak, tetapi tidak akan jadi sifar.”

Trump menyatakan bahawa kadar tarif tersebut sebelum ini adalah sifar, tetapi menurutnya, keadaan itu menyebabkan AS “musnah”.

“China mempermainkan kita dan itu tidak akan dibiarkan berlaku lagi,” katanya.

“Kita akan bersikap baik terhadap China. Kita akan jalin hubungan yang baik dengan Presiden Xi… Mereka akan memperoleh banyak manfaat, saya fikir mereka akan berpuas hati, dan saya percaya kita akan hidup bersama secara harmoni dan idealnya bekerjasama. Jadi saya fikir ia akan berhasil dengan baik. Tetapi tidak, kadar 145 peratus itu tidak akan kekal sedemikian tinggi.”

Pada 2 April, Presiden Trump menandatangani satu perintah eksekutif untuk mengenakan tarif timbal balik ke atas import dari beberapa negara termasuk China. Kadar tarif terhadap pengeksport China ke AS kini mencecah 145 peratus, manakala kadar untuk pembekal AS ke China ialah 125 peratus.

Beberapa pakar memberitahu RIA Novosti bahawa tahap tarif sedemikian bermakna penghentian de facto perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia.– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan