ARTIKEL

Trump didakwa berhubung kes bayar wang tutup mulut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Bekas Presiden AS Donald Trump pada Khamis didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada pelakon filem ‘lucah’, lapor Agensi Berita Xinhua.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.
“Presiden Trump didakwa.

Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah AS yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.
Bragg dan pembantunya menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar AS$130,000 kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS. berkhidmat dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi tatkala Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan datang.

– Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston