ARTIKEL

Donald Trump

Trump Lanjutkan Gencatan Senjata Dengan Iran, Kekalkan Sekatan Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON, 22 April (Bernama-Anadolu) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Washington akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran bagi memberi masa kepada Tehran menyediakan “cadangan yang diselaraskan” susulan permintaan pegawai Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata AS diminta oleh Panglima Tentera Pakistan, Fil Marsyal Asim Munir dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif supaya menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Iran sehingga pemimpin negara itu dapat “mengemukakan cadangan yang diselaraskan”.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan tentera kami untuk meneruskan sekatan laut dan, dalam semua aspek lain, kekal bersedia serta berkeupayaan, dan oleh itu akan melanjutkan gencatan senjata sehingga cadangan mereka dikemukakan dan perbincangan dimuktamadkan, dalam apa juga cara sekalipun,” katanya. 

Trump turut mendakwa dalam hantaran itu bahawa kepimpinan Iran kini dilanda perpecahan yang serius.

Pengumuman itu dibuat ketika delegasi AS yang diketuai Naib Presiden JD Vance dijangka berlepas ke Islamabad pada Selasa bagi pusingan kedua rundingan dengan Iran, namun lawatan itu ditangguhkan susulan mesyuarat lanjut mengenai dasar di Rumah Putih, menurut pegawai AS.

Gencatan senjata yang pada awalnya diumumkan awal bulan ini dijadual tamat pada Rabu. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan