ARTIKEL

Trump sedia berunding dengan Kim Jong-un

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA/SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serius untuk mengadakan dialog dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Rabu, ketika timbul spekulasi mengenai kemungkinan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu sempena lawatan Trump ke Asia, lapor Agensi Berita Yonhap.

Rubio membuat kenyataan itu kepada kumpulan media Rumah Putih yang mengiringi lawatan Trump di Manila apabila ditanya sama ada cadangan Trump untuk bertemu Kim adalah satu usul serius atau sekadar kemungkinan yang diutarakan.

“Ia serius kerana pada pandangan saya, Presiden tidak pernah menganggap pertemuan dan perbincangan dengan seseorang sebagai satu bentuk konsesi,” kata beliau

. Rubio berkata Trump percaya dialog diperlukan untuk menyelesaikan pertikaian dengan negara yang mempunyai perbezaan pendirian dengan AS, sambil menegaskan bahawa pertemuan dengan pemimpin asing tidak bermakna menyokong tindakan mereka.

“Jika kita mempunyai masalah dengan Korea Utara, satu-satunya cara untuk menyelesaikannya adalah dengan mengadakan dialog dengan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Rubio mengakui bahawa pertemuan itu mungkin tidak berlaku, namun menegaskan Trump bersedia untuk mengadakannya.

“Kita tidak akan tahu sama ada ia mampu membawa hasil positif jika kita tidak mencuba,” kata Rubio.

Trump dan Kim pernah mengadakan tiga pertemuan secara bersemuka ketika penggal pertama pentadbiran Trump, bermula dengan sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada Jun 2018, diikuti pertemuan kedua di Hanoi pada Februari 2019 dan pertemuan singkat di perkampungan sempadan antara Korea, Panmunjom pada Jun tahun sama.

Bagaimanapun, pertemuan itu gagal menghasilkan sebarang kemajuan ketara ke arah pelucutan senjata nuklear atau perjanjian berkekalan berhubung Semenanjung Korea.

Trump sebelum ini berulang kali menyatakan hasrat untuk bertemu semula dengan Kim.

Sebelum berlepas ke Asia pada Isnin, beliau memberitahu pemberita bahawa pertemuan dengan Kim mungkin diadakan di China, sambil berkata kemungkinan lawatan pemimpin Korea Utara itu bergantung kepada Presiden China Xi Jinping.

Rubio turut mengiringi Trump dalam lawatan ke Asia yang bermula dengan ketibaannya di Manila pada Selasa.

Trump menghadiri mesyuarat kumpulan Quad yang dianggotai AS, Jepun, Australia dan India, serta sidang kemuncak khas bersama pemimpin ASEAN, sebelum meneruskan lawatan ke Shenzhen, China bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Trump kemudian berkata Kim “berhasrat” untuk menghadiri sidang kemuncak APEC di Shenzhen, sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai kemungkinan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pertemuan disahkan. – Bernama-Yonhap

BERITA LAIN

Bangladesh mula jana nuklear

DHAKA: Bangladesh mula menyalurkan 350 megawatt (MW) elektrik daripada loji tenaga nuklear pertamanya ke grid nasional secara percubaan buat kali pertama, lapor agensi berita Jerman

BERITA TERBARU

Shariman raih Anugerah Top CEO

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn Bhd, Dato Shariman Jamil, menerima Anugerah Top CEO Icon Leaders pada International CEO and Business Leaders Forum 2026,

Keahlian penentu kekuatan kesatuan

Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Sarawak (KEKASA) disaran supaya terus memperluas keahlian dengan menarik lebih ramai penjawat awam menyertai organisasi itu bagi memperkukuh peranannya dalam