ARTIKEL

Donald Trump | Bernama

Trump umum tarif 100 peratus terhadap filem luar negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Trump berkata langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.

“Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara,” katanya.

Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, dengan mendakwa ia merupakan satu bentuk “mesej dan propaganda.”

“Hollywood dan banyak sektor lain di AS sedang terjejas teruk.

Ini usaha bersepadu oleh negara-negara asing,” katanya. — BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU