MASYARAKAT Cina dunia pada tahun ini menyambut ketibaan Tahun Naga yang dianggap sebagai haiwan terhebat antara 12 haiwan dalam kalendar zodiak Cina.
Semestinya masyarakat Cina berasa begitu bertuah jika melahirkan anak dalam tahun ini.
Ia melambangkan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah.
Malah, patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka, sekali gus menunjukkan betapa pengaruh “haiwan” misteri itu begitu kuat dalam masyarakat Cina di seluruh dunia.



