ARTIKEL

TUGAU angkat identiti seni Melanau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENTAS seni Sarawak kembali bergema dengan kelahiran sebuah naskhah agung apabila Teater Muzikal Legenda Melanau Tugau dipersembahkan selama dua malam, bermula 29 hingga 30 November lalu di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Pementasan ini merupakan kerjasama erat antara Jabatan Kebudayaan dengan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dan Persatuan Teater Sanggar Kreatif Kuching dalam usaha mengangkat warisan etnik ke arus perdana.

Mengangkat kisah legenda masyarakat Melanau, Tugau menelusuri perjalanan seorang lelaki misteri yang tiba di Negeri Kuala Pasai sebelum menjadi pemerintah disegani setelah diangkat sebagai maharaja.

Dengan tombak sakti sebagai simbol kekuatan, Tugau bukan sahaja menawan takhta, tetapi juga hati seorang gadis tempatan bernama Tuyang, sekali gus membuka satu era baharu dalam sejarah pemerintahannya.

Kisah epik ini diterjemahkan ke pentas melalui gabungan muzik, tarian, ritual dan elemen dramatik yang memukau.

Pementasan ini turut menjadi sebahagian daripada inisiatif Karya Agung, susulan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM60 juta bagi memartabatkan seni dan budaya negara.

Sarawak, sebagai salah satu penganjur utama, sekali lagi membuktikan keupayaannya menghasilkan karya berkualiti yang menzahirkan identiti budaya setempat.

Diarahkan oleh Mohd Zohren Sahari Che, naskhah nukilan Zaini Ozea dan Glen Walford ini menampilkan barisan pelakon berbakat besar dari Sarawak termasuk Anding Indrawani, Michelle Lungan, Azam Pitt, Elya Mustaghfirin, Fatnullah Basri dan Khaiqal.

Persembahan ini menjadi tumpuan peminat seni kerana pengolahan moden yang tetap mengekalkan roh legenda Melanau.

Malam pembukaan tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Pengarah JKKN Sarawak, Noor Seela Noor Sulaiman; serta Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr. Azizul Ismail.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha