Tujuh jam bantuan bomba sampai

MIRI: Satu kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang enam pintu di Long Palai ranap dalam satu kebakaran awal pagi semalam.

Pemangku Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii, bomba menerima panggilan kecemasan daripada guru SK Long Palai pada jam 5.20 pagi.

Katanya, pihak bomba menggunakan Unit Udara Bomba untuk ke lokasi kejadian.

Ling Hii berkata, jarak perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa tujuh ke lapan jam menggunakan jalan darat.

Jelasnya, maklumat lanjut mengenai insiden tersebut belum diperolehi kerana masalah komunikasi.

“Kali terakhir insiden kebakaran berlaku di Long Palai adalah pada tahun 2017,” katanya.

Tambah Ling Hii, tiada sebarang kecederaan melibatkan 20 orang penghuni rumah panjang tersebut.