ARTIKEL

Seorang anggota APM memantau keadaan kediaman penduduk yang terjejas akibat ribut di Sarikei, petang Ahad.

Tujuh keluarga terjejas, lima kediaman rosak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai tujuh keluarga dikenal pasti terjejas selepas ribut dan angin kencang melanda beberapa kawasan di daerah ini petang semalam, mengakibatkan lima kediaman mengalami kerosakan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif berkata, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan mengikut keperluan masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya turut mempertimbangkan penggunaan peruntukan projek rumah orang miskin bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan terhadap kediaman yang mengalami kerosakan akibat bencana itu.

“Kita sedang berusaha mencari penyelesaian segera untuk membantu mangsa, termasuk meneliti kemungkinan menggunakan peruntukan projek rumah orang miskin bagi kerja membaik pulih rumah yang terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menambah, tahap kerosakan setiap kediaman akan diperiksa terlebih dahulu sebelum bentuk bantuan dan tindakan seterusnya ditentukan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi memaklumkan bahawa hasil pemantauan yang dijalankan pagi tadi mendapati tujuh keluarga terkesan susulan cuaca buruk berkenaan.

Menurut beliau, kerosakan yang direkodkan membabitkan lima buah rumah dengan kebanyakannya melibatkan struktur bumbung yang diterbangkan angin kencang atau rosak akibat ditimpa pokok tumbang.

“Lokasi kediaman yang terjejas termasuk Kampung Drahman Keria, Kampung Pengiran Kadir, Kampung Sharif Masahor dan Jalan Ixora, Kampung Seberang,” jelasnya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiada mangsa mengalami kecederaan, manakala maklumat terperinci mengenai kerosakan serta keperluan mangsa telah dikumpulkan bagi tindakan agensi berkaitan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha