ARTIKEL

Noraini menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot, baru-baru ini.

Tujuh KIR mangsa kebakaran dapat bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot, di sini terus mendapat perhatian daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

Seramai tujuh ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada Perpustakaan Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus Bintulu pada Isnin.

Sumbangan disampaikan Ketua Projek Infaq Perdana Bahagian Perpustakaan UPM Kampus Bintulu, Noraini Turky di Masjid Al-Muttaqin, Sungai Plan Lot.

Antara barangan yang disumbangkan termasuklah makanan, keperluan bayi, lampin pakai buang, susu, pakaian, kelengkapan sekolah serta alat permainan kanak-kanak.

Usaha ini hasil pengumpulan barangan Infaq Perdana dan juga sumbangan peribadi.

Ketua Bahagian Perpustakaan, Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.

“Kami berharap akan terus melaksanakan program tanggungjawab sosial seumpama ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan ini” katanya.

Dalam kejadian 22 Mac lalu, tujuh keluarga membabitkan 27 penghuni penghuni hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka di Kampung Sungai Plan Lot musnah terbakar.

Kesemua penghuni, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak