ARTIKEL

Tujuh lelaki ditahan ketika leka bermain holo di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tujuh individu lelaki sedang leka bermain judi holo ditahan hasil serbuan polis di sebuah premis minuman di Kampung Stenggang Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, serbuan melibatkan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Bau dilakukan sekitar jam 9 malam di lokasi.

“Kesemua suspek yang ditahan masing-masing berusia lingkungan 32 hingga 56 tahun.

“Pemeriksaan mendapati suspek merupakan warga tempatan turut berkumpul beramai-ramai dan ditahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020(Langkah-langkah dan didalam kawasan tempat jangkitan) (No. 6) 2020,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, beberapa peralatan kes termasuk seunit kong holo, tiga biji dadu, dan wang tunai RM260 yang ditemui di lokasi berkenaan turut dirampas.

Susulan itu, katanya, kesemua suspek dan barangan kes dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan siasatan lanjut.

Dedahnya, semakan polis mendapati kesemua suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

Ujarnya, kes masih lagi dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelas Poge, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM1,000.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha