ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Tujuh maut dalam kebakaran bangunan di utara Moscow

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Tujuh maut dalam kebakaran di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di utara Moscow, manakala 12 lagi cedera, menurut Kementerian Kecemasan Rusia pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Laporan awal menyatakan jumlah kematian adalah lima orang, sambil menjelaskan bahawa 31 orang diselamatkan dari lokasi kejadian, dengan kira-kira 12 lagi memerlukan rawatan perubatan.

“Menurut maklumat terkini, 31 orang berjaya diselamatkan menggunakan peralatan kecemasan.

Malangnya, 12 orang cedera dan tujuh maut,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kebakaran yang diklasifikasikan pada tahap kerumitan tertinggi, iaitu tahap kelima, berjaya dipadamkan melibatkan kawasan seluas 1,400 meter persegi (15,000 kaki persegi).

Kebakaran tercetus awal pagi Selasa di sebuah tapak pembinaan berhampiran persimpangan jalan yang sibuk di utara Moscow.

Satu kes jenayah dibuka berhubung dakwaan pelanggaran peraturan keselamatan semasa kerja pembinaan. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU