ARTIKEL

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tujuh pelajar terbabit kes buli disyor dibuang dari MRSM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL: Jawatankuasa disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengesyorkan tujuh pelajar MRSM di sini yang terlibat kes buli ditamatkan pengajian daripada maktab itu, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata pejabatnya juga tidak akan melayan rayuan pelaku insiden itu, jika mereka berbuat demikian.

“Tujuh pelajar didapati terlibat iaitu dua terlibat buli fizikal (manakala) lima subahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian daripada MRSM.

“Tidak kira anak sesiapa sekalipun Tan Sri, Datuk, hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam buli, tindakan tegas dan keras akan diambil. Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu,” katanya.

Asyraf berkata beliau tidak bersetuju mereka diberikan peluang kedua, kerana sejak awal dilantik sebagai Pengerusi MARA, beliau berulang kali mengingatkan prinsip #YouTouchYouGo untuk tidak berkompromi dengan apa juga bentuk budaya buli di institusi pendidikan MARA termasuk MRSM. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha