ARTIKEL

Seorang tukang kebun sekolah (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret - BERNAMA

Tukang kebun didakwa bunuh pengawal keselamatan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang tukang kebun sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada R. Ravinderan, 55, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Faizal Asri, 43, di dalam pondok pengawal Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Seri Botani Simpang Pulai Ipoh di sini, antara 3 petang hingga 8 malam, 13 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh diwakili peguam Hanifatinnasikha Mod Dimiyati. 

Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 10 Jan 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan seorang tukang kebun sekolah yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani di sini yang ditemukan maut di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan

Polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan suspek, bagi membantu siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha