ARTIKEL

Imej Janaan AI

Tumbuk Jiran Kerana Jelingan, Lelaki Didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan bertindak menumbuk muka jirannya sehingga mengalami luka kerana menyangka dirinya dijeling dan anak buahnya diganggu oleh mangsa.

Namun, tindakan Muhamad Azree, 34, membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Azree mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Matang Jaya, sekitar jam 7.30 pagi, 17 Mac lalu.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa telah didatangi jirannya, dan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Difahamkan, tertuduh menyangka mangsa menjelingnya dan mengganggu anak buahnya.

Tertuduh kemudian menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan luka di kening sebelah kanan serta lebam di bibir.

Mangsa segera ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan bantuan dan tindakan lanjut, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

Tertuduh berjaya ditangkap pada 19 Mac lalu, sekitar jam 2.55 petang, oleh pihak polis di kediamannya di Matang.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tertuduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan menumbuk mukanya.

Laporan perubatan juga mengesahkan bahawa mangsa mengalami luka di dahi serta lebam di bibir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu