ARTIKEL

Tumbukan Emas KII DALAM PROSES SUNTINGAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»FILEM Tumbukan Emas bakal mencipta sejarah sebagai fi lem tinju pertama di Malaysia, hasil arahan dan terbitan Jalot Jeman atau nama sebenarnya Ghazali Jeman.

Dalam temu bual eksklusif dengan Suara Sarawak, Jalot berkongsi bahawa keseluruhan proses penggambaran berjalan lancar tanpa insiden besar dan menerima komitmen sepenuhnya daripada semua kru serta barisan pelakon.

“Alhamdulillah, walaupun ini fi lem pertama kami dan bukan produksi berpuluh juta ringgit, semuanya berjalan lancar.

Kami berusaha mengikut spesifi kasi standard dan menjaga kualiti fi lem sebaik mungkin,” jelas Jalot dengan penuh semangat. Tambah beliau, salah satu cabaran terbesar sepanjang penggambaran ialah pada hari ke-17, yang melibatkan babak pertarungan tinju.

Babak ini melibatkan enam perlawanan yang perlu disiapkan dalam tempoh singkat, menjadikannya antara hari paling mencabar buat seluruh produksi.

Lebih menarik, ujarnya, salah satu perlawanan menyaksikan watak utama menentang seorang petinju dari Kenya, Moses Genua.

“Ini cabaran buat kami, terutamanya kepada pengarah fotografi (DOP) dan kru teknikal kerana ini kali pertama kami mengendalikan babak perlawanan secara serius dan terperinci,” ujar Jalot.

Menurut Jalot lagi, Tumbukan Emas turut membawa misi lebih besar – memperkenalkan bakat anak-anak Sarawak dalam industri perfi leman.

Ramai pelakon baharu dipertaruhkan, dan ini kali pertama mereka beraksi di layar perak dengan bimbingan kru profesional.

Beliau turut menegaskan pentingnya menggunakan tenaga kerja yang benarbenar berpengalaman agar industri fi lem di Sarawak tidak dipengaruhi oleh kru yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menitikberatkan mutu kerja.

Filem ini turut diilhamkan daripada kisah legenda tinju negara, Sapok Biki.

“Kami ubah kisahnya menjadi naskhah inspirasi.

Sapok sendiri terlibat secara langsung dan memberi panduan agar cerita ini kekal autentik walaupun dijadikan rekaan kreatif,” tambahnya.

Di samping itu, ujarnya fi lem tersebut kini sedang menjalani proses suntingan yang dijangka mengambil masa sekitar dua bulan, dan dijadualkan siap sepenuhnya sebelum 22 Julai depan.

Mengakui sukar mencari bahan-bahan arkib lama, Jalot berkata, fi lem ini akhirnya diberi nafas baharu dengan pendekatan teknologi sinematografi yang lebih moden agar penonton terhibur dan terinspirasi.

Jalot berharap Tumbukan Emas akan membuka jalan kepada lebih banyak produksi berkualiti dari Sarawak, dan mengubah landskap industri fi lem tempatan secara keseluruhan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU