ARTIKEL

Tun Abdullah negarawan sejati yang sangat prihatin aktiviti alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, disifatkan sebagai seorang negarawan sejati yang sangat prihatin terhadap aktiviti berkaitan alam sekitar.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Datuk Hamden Mohammad, berkata Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, serta isterinya, Tun Jeanne Abdullah, yang juga Pengerusi Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika, amat aktif dalam program-program berkaitan alam sekitar.

“Walaupun beliau telah bersara sebagai Perdana Menteri, beliau tetap menemani Tun Jeanne ke Sarawak. Kami pernah membawa beliau jauh ke pedalaman Sarawak untuk menyertai ekspedisi saintifik yang dijalankan oleh Jabatan Hutan Sarawak. Perjalanan itu sangat jauh, namun beliau tetap sanggup meredah kawasan terpencil demi melihat sendiri usaha kami, khususnya dalam meneroka dan memahami khazanah hutan kita.

“Daripada pengalaman itu, kami dapat lihat bahawa Allahyarham Tun Abdullah mempunyai jiwa yang dekat dengan alam sekitar dan bidang perhutanan negeri kita,” katanya kepada media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri jabatan itu di Wisma Sabati hari ini.

Beliau turut memuji usaha Allahyarham dalam pemulihan hutan melalui inisiatif ‘Hutan Kita’ — cetusan ideanya sendiri yang menggalakkan orang awam menanam pokok hutan dan mewujudkan

ruang hijau yang diperlukan di kawasan bandar. Inisiatif tersebut juga membantu memperkukuh rasa tanggungjawab bersama dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun pada jam 7:10 malam Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003 dan menyandang jawatan tersebut sehingga 2 April 2009.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU