KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak Isnin lepas.
Menurut pembantunya, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana batuk dan menerima rawatan untuk beberapa hari.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut berkaitan keadaan Dr Mahathir.
Dr Mahathir menyambut hari lahirnya ke-99 pada 10 Julai.
– Bernama



