ARTIKEL

Tun M sedang dirawat di IJN kerana jangkitan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau semalam, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Jan lepas.

“Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Terdahulu semalam, pendengaran kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “kutty” yang ditetapkan pada semalam ditangguh kepada 19 Julai depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan penangguhan itu selepas dipohon oleh peguam Dr Mahathir Mior Nor Haidir Suhaimi yang menyatakan anak guam beliau kini sedang dirawat di IJN.

IJN juga menghantar satu surat kepada mahkamah menyatakan bekas perdana menteri itu tidak dapat hadir ke mahkamah atas sebab kesihatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan