KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan hadir bagi menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sibu (UTS) Ke-10, di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, 8 November depan.
Perkara itu dinyatakan delegasi UTS yang diketuai oleh Naib Canselor Datuk Prof Dr Khairuddin Abdul Hamid selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Wan Junaidi, di Astana Negeri Sarawak, hari ini.
Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi yang juga Canselor UTS akan menyampaikan skrol kepada 155 graduan yang terdiri daripada 44 graduan Sarjana dan 111 graduan Sarjana Muda untuk sesi pertama penyampaian konvokesyen tersebut.
Beliau juga akan menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen UTS Ke-10 itu kelak.







