ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menerima cenderahati daripada Mohd Khalid semasa kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto: Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi harap PDRM terus berkhidmat cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Semasa pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk isu keselamatan dan keamanan di Sarawak, aspek keselamatan siber serta peranan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Selain itu, turut disentuh mengenai persetujuan Kerajaan Sarawak terhadap cadangan Tun Wan Junaidi untuk memperkukuh penghargaan serta kebajikan bekas anggota polis, khususnya mereka yang pernah berkhidmat ketika membanteras anasir komunis pada masa lalu.

Tun Wan Junaidi dalam pada itu menzahirkan harapan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus berkhidmat dengan penuh cemerlang, berintegriti serta dedikasi dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara demi kesejahteraan rakyat.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus; Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mancha Ata; Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah; serta Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim turut hadir sama.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu