KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi selamat tiba di Terminal Hornbill Skyways tengah hari tadi.
Ketibaan mereka menandakan tamatnya lawatan rasmi ke ibu negara bagi menghadiri Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak yang berlangsung di Istana Alam Shah.
Tun Wan Junaidi serta isteri disambut oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Samuel Simon bersama dengan pegawai-pegawai Astana Negeri Sarawak.
Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi serta isteri merakamkan penghargaan dan kesyukuran ke atas kelancaran majlis tersebut dan mendoakan agar UPM Sarawak terus cemerlang dalam melahirkan graduan yang berkualiti untuk ibu pertiwi.
Pada masa yang sama, Tun Wan Junaidi dan isteri menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak UPM atas usaha dan komitmen menaik taraf dalam memperkukuh bidang pendidikan di Sarawak.
Usaha tersebut dilihat selari dengan agenda, dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak ke arah menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.







