ARTIKEL

Tun Wan Junaidi dan isteri mendengar taklimat ringkas daripada Dominic semasa lawatan ke Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew di Bintulu.

Tun Wan Junaidi Lawat Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini berangkat mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew, di sini pada Selasa.

Tun Wan Junaidi dan isteri menanam pokok durian musang king dan blackthorn.

Mengiringi pasangan kenamaan itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta isteri, Datin Melinda Claudia dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat.

Ketibaan mereka disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan isteri, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom dan isteri, Datin Seri Lorita Sawot, Timbalan Menteri M-FICORD, Datuk Martin Ben dan isteri, Datin Trina Tan, Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha serta Residen Bahagian Bintulu, Datuk Nyurak Keti.

Sebagai simbolik lawatan, Tun Wan Junaidi menanam dua pokok durian – musang king dan blackthorn.

Tun Wan Junaidi dan isteri menanam pokok durian musang king dan blackthorn.

Dalam taklimat ringkas oleh Dominic Chunggat, mereka dimaklumkan bahawa pusat latihan berkeluasan 391 hektar itu ditubuhkan sejak 1972 dan menempatkan pelbagai tanaman serta ternakan. Antara program utama yang dijalankan termasuk Precision Farming Park, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Pusat Latihan Pertanian Cara Moden.

Tun Wan Junaidi turut mencadangkan supaya diwujudkan kemudahan loji pemprosesan hasil buah-buahan berskala besar bagi tujuan pasaran komersial.

Sebelum berangkat pulang, pasangan kenamaan itu berkenan menikmati jamuan tengah hari serta buah durian tempatan termasuk varieti “durian isu”.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha