ARTIKEL

UNTUK ALBUM... Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakam gambar kenangan bersama delegasi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2026 di Astana Negeri, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Tun Wan Junaidi terima taklimat Hari Sarawak 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2026 di Astana Negeri, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu diketuai Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Hari Sarawak 2026, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya; Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak (UPPANS), Datuk Hamdan Sharbini; Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Datuk Georgina Apphia Ngau; serta Residen Bahagian Sibu, Superi Awang Said.

Dalam kunjungan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan terkini perancangan serta persiapan Sambutan Hari Sarawak 2026 yang dijadual berlangsung bermula 21 Julai ini di Sibu.

Taklimat tersebut merangkumi pengisian program, penyelarasan pelaksanaan serta persediaan akhir bagi memastikan sambutan berlangsung dengan lancar dan teratur.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Induk atas komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan sambutan tersebut.

Justeru, beliau berharap Sambutan Hari Sarawak 2026 bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan jayanya, malah terus menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan, memupuk rasa cinta terhadap Sarawak serta meningkatkan penghayatan rakyat terhadap sejarah dan perjalanan pembangunan negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU