ARTIKEL

Foto: Faitullah Morni | (TVS)

Tunaikan ibadah haji hanya guna visa sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Umat Islam di seluruh Malaysia diingatkan menggunakan visa haji sah ketika menunaikan ibadah haji selaras dengan peraturan ketat ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said berkata, cubaan menunaikan ibadah haji tanpa menggunakan visa sah bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa malah boleh membawa padah besar kepada individu terlibat.

“Tindakan menunaikan haji tanpa visa sah bukan sahaja melanggar undang-undang Arab Saudi malah boleh mendatangkan kesulitan besar kepada diri sendiri termasuk dikenakan denda berat, dihantar pulang serta disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi untuk tempoh lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Keberangkatan Bakal Jemaah Haji Sarawak KT034Q di Raia Hotel, Kuching, malam ini.

Sehubungan itu, Nurlaila menyeru semua bakal jemaah haji memainkan peranan sebagai ejen penyebar maklumat dalam komuniti masing-masing untuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mematuhi peraturan visa dan berhati-hati terhadap tawaran pakej haji mencurigakan.

“Tuan-tuan dan puan-puan adalah penyambung maklumat penting kepada ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling.

“Jangan mudah terpedaya dengan sebarang tawaran tidak berdaftar atau pakej luar kelulusan menjanjikan peluang menunaikan haji dengan cara tidak sah.” ujarnya. — TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha