ISTANBUL: Turkiye dan Mesir melantik duta masing-masing, kali pertama dalam tempoh sedekad, lapor Sputnik memetik kenyataan bersama kementerian luar negara itu pada Selasa.
Pada akhir Mei, Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon, bersetuju untuk meningkatkan tahap hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan bertukar duta.
“Turkiye dan Mesir mengumumkan peningkatan dalam tahap hubungan diplomatik ke peringkat duta.
Turkiye mencadangkan Salih Mutlu Sen sebagai calon dutanya ke Kaherah dan Mesir manakala Amr Elhamamy sebagai duta ke Ankara,” menurut kenyataan di laman sesawang Kementerian Luar Turkiye. – BERNAMA



