KUCHING: Cuaca cerah di seluruh negeri Sarawak pagi ini akan memudahkan orang ramai turun untuk membuang undi di semua 1,866 pusat mengundi yang melibatkan 3,555 saluran.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang
Ribut petir pula dijangka berlaku di beberapa bahagian pada sebelah petang ini.
Menurutnya, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Hujan di satu dua tempat diramal di Kapit dan Bintulu, sementara tiada hujan di Miri dan Limbang.
Suhu sepanjang hari ini diramal 24 hingga 34 darjah Celsius.
Bermula 7.30 pagi ini, seramai lebih 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pengundi berdaftar layak mengundi manakala seramai 20,360 orang pengundi awal dan 17,885 orang telah mengundi secara pos.