ARTIKEL

Turun padang padam kebakaran hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kebakaran yang berlaku di kawasan hutan berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah baru-baru ini telah mendapat perhatian serius daripada pelbagai pihak.

Ini termasuk wakil rakyat tempatan yang turun padang bagi meninjau situasi dan menyelaras bantuan segera, terutamanya dari segi peralatan memadam kebakaran, makanan serta minuman untuk pihak yang terlibat.

Lokasi kebakaran yang agak jauh dan sukar diakses menyebabkan api sukar dipadam dan merebak dengan pantas, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas.

Selain itu, di kawasan kebun, sumber air terhad dan berada agak jauh dari pondok kebun menyebabkan pekebun perlu berjalan kira-kira satu kilometer untuk mendapatkan air.

Pada hari kelima kebakaran, saya bersama rakan pemberita lain berpeluang meninjau kawasan tersebut. Kebetulan, pada waktu itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, turut membantu memadam kebakaran.

Sejujurnya, lokasi kebakaran agak jauh dan memerlukan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer, sama seperti lokasi sumber air yang terletak di titi kecil.

Titi tersebut hanya boleh dilintasi oleh motosikal, manakala kereta perlu diletakkan di seberang titi itu.

Saya boleh katakan bahawa warga Mukah bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup berjalan jauh demi melihat keadaan penduduk sekali gus membantu memadam kebakaran.

Walaupun terpaksa berjalan jauh, hal itu tidak mematahkan semangat Royston untuk turun padang dan meninjau sendiri keadaan tersebut.

Jika dilihat di Facebook rasminya, N57 Tellian, banyak aktiviti yang dilakukan oleh Royston semasa kebakaran ini berlaku, dan hampir semua berita menggunakan gambar yang dimuat naik olehnya.

Tidak kira siang atau malam, Royston kelihatan bersungguh-sungguh meninjau keadaan kebakaran tersebut.

Lihat hlm 2.

Bantuan untuk petugas

Dari hlm 1.

Pada masa yang sama, beliau turut menyumbangkan dua pam air dan satu unit jentera pengorek bagi membantu operasi.

Menurut salah seorang pekebun yang tidak mahu dikenali namanya, kehadiran Royston ke kawasan kebakaran sangat tidak disangka kerana beliau perlu berjalan jauh untuk tiba di lokasi tersebut.

Katanya, walaupun bahang api terasa panas, kehadiran sosok wakil rakyat itu ibarat penyejuk seketika bagi mereka.

Hal ini menunjukkan keprihatinan seorang wakil rakyat, dan sokongan moral sebegitu amat bermakna bagi semua pekebun yang terjejas.

Bukan sahaja Royston, malah wakil rakyat lain di kawasan Mukah seperti ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi, dan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, turut menghantar wakil untuk turun padang memandangkan mereka mempunyai tugas hakiki di luar kawasan Mukah.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Yakub, yang perlu menghadiri dua program di Mukah pada 26 Julai lalu, terpaksa berpatah semula ke Kuching akibat kebakaran tersebut.

Walaupun beliau tidak berada di Mukah, wakil-wakil Pusat Khidmatnya sentiasa turun padang bagi memberikan sokongan moral kepada petugas.

Wakilnya juga menyampaikan sumbangan air minuman kepada petugas yang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Apabila tiba di Mukah untuk menyempurnakan salah satu program, beliau berkesempatan melawat Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi meninjau keadaan semasa kebakaran tersebut.

Begitu juga dengan Hanifah, walaupun tidak berada di Mukah, beliau tetap menzahirkan penghargaan kepada anggota bomba yang bertungkus-lumus memadam kebakaran berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Hanifah memaklumkan bahawa beliau telah menyumbangkan bekalan air minuman kepada anggota yang terlibat menerusi Pusat Khidmat Mukah.

Sumbangan itu diberikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan petugas yang bertugas dalam keadaan cuaca panas melampau.

Justeru, beliau turut mendoakan agar semua petugas yang berada di lapangan sentiasa dilindungi serta dipermudahkan urusan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya di Mukah.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU