JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI.KLIK SINI
DALAT: Projek Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2026, meskipun ketika ini mengalami kelewatan lebih 70 hari, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut beliau, situasi tersebut agak membimbangkan, namun langkah segera sedang diambil bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.
“Kita sudah berbincang dengan pihak kontraktor agar segala isu berkaitan dapat diselesaikan segera dan projek ini siap seperti dijadualkan, iaitu Januari tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke Tapak Projek Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid, di sini hari ini.
Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak (MIPD) menegaskan bahawa pihak kementerian akan terus turun padang untuk memastikan semua projek infrastruktur berjalan lancar.
“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menekankan bahawa tanggungjawab utama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi terlibat adalah memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual.
“Justeru, pemantauan secara langsung perlu dilakukan untuk mengenal pasti isu serta mencari penyelesaian yang tuntas,” ujarnya.
LAWAT…Uggah bersama yang lain melawat Tapak Projek Jalan Kampung Medong/ Lebrasau/ Kampung Klid, hari ini.
Jalan sepanjang 11.6 kilometer itu melibatkan kos sebanyak RM74 juta, dan setakat ini kemajuan fizikal projek telah mencapai 48.56 peratus.
Uggah turut memaklumkan bahawa beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak kontraktor dan JKR, dan satu mesyuarat akan diadakan pada 30 April ini antara JKR, kontraktor dan konsultan untuk membincangkan kekangan yang dihadapi.
Katanya lagi, apabila siap kelak, projek ini akan memberi impak besar kepada penduduk Kampung Klid dan Kampung Plajau yang masih bergantung kepada pengangkutan air sebagai mod perhubungan utama.
“Jalan ini akan menggantikan kebergantungan kepada perhubungan air dan memberi akses lebih baik kepada penduduk setempat,” tambahnya.
LAWAT…Uggah bersama yang lain melawat Tapak Projek Jalan Kampung Medong/ Lebrasau/ Kampung Klid, hari ini.RAKAM KENANGAN….Uggah merakam kenangan bersama yang lain selepas lawatan tersebut.
KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan
KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan
KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha
KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia