ARTIKEL

Tutup bistro ingkar garis panduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan patut menutup premis perniagaan seperti bistro jika daerah ini bertukar kembali kepada zon merah. Presiden Persatuan Suara Pengguna Sarawak Michael Tiong berkata, langkah itu wajar diambil bagi memutuskan rantaian Covid19 menular semula di bandar raya ini.

Jelas beliau, hal ini kerana bistro antara premis berisiko menyebarkan virus berkenaan disebabkan pelanggannya cenderung tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

“Apa-apa aktiviti perniagaan ialah nadi ekonomi sesebuah negara tetapi wabak Covid-19 menjadi pembunuh nadi ini. “Janganlah pandang ringan dan jadi agen pemusnah ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Bagaimanapun, Michael berkata keputusan itu terpulang kepada kerajaan, dengan melihat tahap penularan Covid-19 sama ada kritikal atau sebaliknya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengeluarkan kompaun ke atas pengunjung beberapa bistro di sekitar bandar raya ini kerana tidak mematuhi SOP penjarakan sosial.

Malah semalam sahaja, 49 orang terdiri daripada 38 lelaki dan 11 wanita telah dikompaun.

Justeru, Michael berkata, tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun ke atas pelanggan yang ingkar SOP adalah wajar bagi memberi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat.

“Kerajaan sudah memberi kelonggaran bagi menghidupkan semula ekonomi yang terjejas dan sikap ingkar ini tidak patut berlaku kerana ini akan menganiayai orang yang tidak bersalah serta merosakkan usaha bersama-sama dalam menangani wabak Covid-19 yang belum reda ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha