ARTIKEL

Tutup segera sekolah jika ada wabak influenza A

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memantau perkembangan terkini wabak influenza A di sekolah ekoran penutupan sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa sekolah di seluruh negera yang pelajarnya disahkan disahkan positif virus influenza A.

KPM dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama KPM akan melakukan pemantauan berterusan di sekolah terlibat. Justeru katanya, KPM mengingatkan pentadbir sekolah supaya mematuhi sepenuhnya SOP wabak berkenaan.

“Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat kementerian,” kata kenyataan itu lagi. KPM turut mengingatkan sekolah untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini. “Sekiranya terdapat tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan dan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran mengenai penyakit ini kepada semua warga sekolah,” jelasnya. Selain itu, kerjasama ibu bapa dituntut untuk sentiasa peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah.

“KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin,” katanya.

Semalam, dua kelas Tahun Dua di SJKC Li Hwa, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selama 11 hari bermula semalam (8 Januari) selepas 19 muridnya dijangkiti virus influenza.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata, Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) berbincang dengan pihak sekolah dan mencadangkan supaya dua kelas berkenaan ditutup susulan jangkitan tersebut.

Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah SPU menerima tujuh notifikasi kes aduan influenza di SJKC Li Hwa pada jam 10 pagi semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha