ARTIKEL

TAHNIAH… Mustapha menyampaikan sijil kepada graduan dalam Majlis Konvokesyen PMU Ke-17 Tahun 2025, hari ini.

TVET Komponen Penting Bangunkan Tenaga Mahir Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini menjadi salah satu laluan kerjaya utama bagi rakyat Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, TVET bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, malah menjadi komponen penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi mendokong pertumbuhan ekonomi negara termasuk dalam sektor berteknologi tinggi, ekonomi hijau dan ekonomi digital.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui jaringan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) memperkukuh pendekatan pembelajaran TVET dengan menekankan modul teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT), Analitik Data Raya, automasi pintar dan teknologi awan.

“PolyCC kini berdiri kukuh sebagai peneraju TVET negara dengan kekuatan 36 politeknik dan 106 kolej komuniti di seluruh negara, disokong hampir 15,000 tenaga kerja dengan lebih 97,000 pelajar.

“Di Sarawak sahaja terdapat tiga politeknik dan tujuh kolej komuniti yang menjadi pusat pembangunan tenaga mahir tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Mukah (PMU) Ke-17 Tahun 2025, di Dewan Serbaguna PMU, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Sarawak turut menyokong penuh agenda TVET melalui polisi negeri yang selari dengan hala tuju nasional, khususnya Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menyasarkan peningkatan enrolmen pelajar TVET sebanyak 20 peratus.

Jelasnya, langkah itu penting bagi membina tenaga kerja mahir dalam projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) serta sektor ekonomi digital dan hijau yang sedang berkembang pesat di negeri ini.

Di samping itu, beliau mengingatkan semua institusi di bawah PolyCC untuk sentiasa melakukan penambahbaikan dari segi tadbir urus dan kurikulum pengajian agar kekal relevan dengan keperluan industri serta pasaran kerja semasa.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 641 graduan PMU yang menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Antara graduan yang diraikan dalam majlis itu.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah