ARTIKEL

TVET kunci kerjaya anak-anak Sarawak pada masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Anak-anak Sarawak digesa untuk mengambil peluang mempertingkatkan ilmu dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tegas Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, pendidikan TVET merupakan kunci persiapan diri bagi generasi muda untuk memasuki pasaran pekerjaan yang semakin berubah.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), pendidikan TVET adalah kuncinya.

“Sehubungan itu saya menggesa setiap individu yang hadir di sini, terutamanya kepada para pelajar, untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan pendidikan dan latihan TVET yang ditawarkan di pusat latihan atau kolej sebagai persiapan masa depan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival TVET Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Serian di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan para peserta, khususnya golongan pelajar, untuk menganggap cabaran itu sebagai satu peluang dalam usaha mengejar impian, meneroka potensi dan menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

Tambahnya, pendidikan teknikal atau TVET merupakan alternatif penting bagi para pelajar dalam mencapai impian mereka pada masa akan datang.

“Pendekatan ini mendedahkan para pelajar kepada kemahiran praktikal dan industri sejajar dengan permintaan pasaran.

“Melaluinya, pelajar dapat mempelajari bidang seperti pendawaian, kimpalan, melukis pelan, kejuruteraan, juruteknik, teknologi maklumat, seni bina dan banyak lagi,” katanya.

Dengan adanya kemahiran sedemikian, beliau yakin pelajar boleh menjalankan perniagaan sendiri suatu hari nanti di samping menjadi pengasas pekerjaan atau ‘job creator’ yang boleh membantu mengangkat ekonomi orang lain.

Dalam perkembangan sama, Sagah memberitahu Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) juga telah menggariskan beberapa aspirasi untuk memartabatkan generasi muda dalam bidang pendidikan TVET.

Antaranya memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan kesedaran akan kepentingan TVET, membina jalinan kerjasama dan mewujudkan ekosistem inovatif.

Karnival TVET Sarawak berperanan penting sebagai platform untuk memperkasakan pendidikan TVET sekali gus membolehkan pengunjung dan peserta menimba ilmu berkaitan sepanjang program.

Antara aktiviti penyeri sepanjang program ialah pameran, ceramah, bengkel dan pertandingan bagi mendorong pengunjung, terutamanya generasi muda, untuk turut serta meningkatkan keyakinan mereka terhadap kerjaya dalam bidang TVET.

Turut hadir Timbalan MEITD (Pembangunan Bakat) Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Udin Bujang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu