ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan dekoder MyTV kepada salah seorang penerima pada Program TVS Prihatin di Gedong, hari ini

TVS ditonton sehingga ke London

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Kewujudan stesen televisyen pertama milik kerajaan negeri, TVS telah berjaya mempromosi keunikan dan berkongsi perkembangan semasa Sarawak kepada masyarakat di seluruh dunia sehingga ke London, United Kingdom.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, televisyen yang diwujudkan tiga tahun lalu itu menjadi platform penting untuk orang ramai khususnya rakyat Sarawak di luar negara mengetahui apa yang berlaku di negeri ini.

Menurutnya, stesen televisyen tersebut memainkan peranan utama dalam mempromosi dan mempamerkan keunikan negeri ini kepada mata dunia kerana memfokuskan kepada kepelbagaian budaya, warisan, tradisi tempatan serta pembangunan yang berlaku di sini.

“Dalam salah satu lawatan kerja ke kota London, saya berjumpa dengan beberapa orang anak Sarawak yang menuntut di sana . Mereka memberitahu saya, kini mereka dapat mengetahui perkembangan semasa dan segala kejadian yang berlaku di tanah air.

“Menurut mereka ia kerana adanya TVS yang dapat ditonton dari London. Dalam tempoh tiga tahun ini, orang semakin kenal dengan televisyen kita ini kerana siarannya dipancarkan ke seluruh Malaysia dan dunia. Malah, sekarang orang tahu di mana Gedong serta kemajuan pembangunan yang dilaksanakan di sini,” katanya.

Abang Johari yang juga ADUN Gedong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Program TVS Prihatin di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong, hari ini.

TVS yang meraikan ulang tahun ketiga semalam, telah berjaya mencatatkan purata tontonan sebanyak 7.5 juta sebulan. Ia boleh ditonton melalui saluran 122 di platform Astro TV, MyTV dan Unifi TV, pelbagai aplikasi media sosial serta tvstv.my yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU