Trending

TVS ke platform DTT tahun depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak merancang memperluaskan stesen televisyen, TVS ke platform DTT (digital terrestrial television) pada tahun depan, yang berada di bawah MyTV dengan paparan dan langganan bulanan percuma.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dengan strategi pembezaan yang tepat dan cadangan penjualan unik yang jelas, beliau yakin TVS akan menonjol dalam kancah penyiaran nasional.

“TVS tidak akan terbatas pada kandungan tempatan tetapi menjadi pemain serantau dan di seluruh dunia,” katanya sambil menjelaskan TVS kini disiarkan secara percubaan dengan Astro di saluran 122.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, malam hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Datuk Norhayati Mohd Ismail.

Justeru, beliau mengajak golongan kreatif Sarawak untuk meneruskan perjalanan hebat bersama TVS dengan melabur dalam pengetahuan baharu dan teknologi canggih.

“Dengan adanya TVS, saya pasti akan ada lebih banyak peluang bagi rakyat Sarawak untuk cemerlang dalam pelbagai bidang melalui kandungan.

“Malah lebih banyak peluang pekerjaan akan diciptakan yang bermaksud lebih banyak aliran pendapatan untuk pencipta kandungan dalam ekosistem ekonomi digital,” katanya.

Abang Johari menambah TVS bukan hanya platform bagi masyarakat untuk mendapatkan berita tempatan, nasional dan global tetapi juga platform yang mendorong integrasi nasional antara pelbagai bangsa dan budaya.

“Dengan adanya TVS, saya berharap ini akan membuka lebih banyak pintu bagi Sarawak untuk lebih dikenali di bahagian lain di dunia dan meningkatkan potensi pelancongan kita,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru