ARTIKEL

Tvs raih pengiktirafan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebuah lagu yang lahir daripada semangat meraikan Tahun Baharu Cina kini membawa nama TVS ke pentas antarabangsa apabila Echoes of Prosperity meraih Anugerah Perak pada The Voice of Independent Music Awards (VIMA Music Awards) 2026.

Karya berbahasa Cina itu menduduki tempat kedua dalam kategori Lagu Bahasa Cina Terbaik, sekali gus mencipta satu lagi detik membanggakan buat stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak itu.

Diterbitkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun lalu, Echoes of Prosperity menampilkan Morris dan Raquel sebagai penyanyi, manakala gubahannya mendapat sentuhan Galvin Patrick.

Bagi Raquel, peluang untuk menyertai projek itu hadir selepas dia dijemput oleh Galvin dan Alia untuk bergandingan dengan Morris.

“Sebenarnya, saya dijemput oleh Galvin dan Alia untuk berkolaborasi dengan Morris bagi lagu ini.

Saya sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Di sebalik proses rakaman yang akhirnya membuahkan pengiktirafan, Raquel berdepan sedikit cabaran apabila masalah kesihatan menyebabkan suaranya hilang.

Galvin pula menyifatkan projek itu sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan berharap lebih banyak karya beridentitikan Sarawak dapat dihasilkan selepas ini.

“Saya sangat menikmati projek yang luar biasa ini.

“Selain itu, saya berharap dapat menghasilkan lebih banyak muzik Sarawak serta bekerjasama dalam pelbagai projek yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Ketua Kandungan Kreatif TVS, Jamal Abdullah, berkata penghasilan lagu mengikut musim perayaan merupakan antara usaha stesen berkenaan untuk meraikan kepelbagaian masyarakat Sarawak.

“Konsep kami adalah untuk menghasilkan agu bagi setiap musim perayaan, termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidil tri dan sebagainya.

“Pendekatan ini seiring dengan identiti masyarakat Sarawak yang majmuk dan mementingkan perpaduan kaum. Itulah fokus utama kami,” ujarnya.

Menurut Jamal, penghasilan muzik TVS kini turut diperluas kepada karya patriotik, termasuk lagu khas sempena Hari Malaysia yang sedang dalam proses penghasilan.

“Lagu-lagu yang kami hasilkan kini bukan sahaja untuk musim perayaan, malah turut merangkumi hari-hari patriotik.

“Kami sedang mencipta lagu khas sempena Hari Malaysia dan banyak lagi karya bakal menyusul,” tambahnya.

Dalam pada itu, TVS turut mencatat satu lagi pencapaian menerusi Nostalgia Raya yang berjaya mara ke pentas akhir dan berada dalam kelompok lima terbaik bagi kategori Lagu Etnik Terbaik.

Lagu yang menampilkan Alia Tenor dan Bob Yusuf itu turut mendapat sentuhan Galvin Patrick serta diterbitkan sempena sambutan Hari Raya Aidil tri tahun Bagi Jamal, pencapaian berganda itu memperlihatkan potensi karya serta bakat dari Borneo untuk diketengahkan kepada khalayak yang lebih luas.

Malah, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) di Sarawak pada September ini disifatkan sebagai ruang penting untuk bakat tempatan mendapat perhatian pada peringkat kebangsaan.

“Memandangkan kami bertapak di Sarawak dan bukannya di Lembah Klang, yang menjadi lokasi kebanyakan penyiar besar beroperasi, stesen kami menjadi tumpuan masyarakat untuk mengetengahkan bakat dari Borneo.

“Bakat tempatan ini perlu dicungkil, diketengahkan serta diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas mahupun forum pada peringkat kebangsaan,” katanya.

Daripada karya yang dicipta untuk menyemarakkan suasana perayaan, Echoes of Prosperity kini membawa cerita yang lebih besar tentang bakat tempatan, kepelbagaian budaya dan suara Borneo yang semakin mendapat tempat di pentas antarabangsa.

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu