ARTIKEL

TVS tonjolkan bakat, budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pengisian bermaklumat dan rancangan menarik mampu menjadi tarikan orang ramai untuk terus mengikuti TVS yang mula bersiaran semalam. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, TVS mencipta sejarah sebagai stesen televisyen pertama Sarawak yang bakal menonjolkan budaya, sosial dan bakat masyarakat negeri ini.

Lebih unik katanya, TVS memiliki identiti hiburan yang tersendiri mengikut cita rasa Bumi Kenyalang. “Ini salah satu lagi perkembangan positif dalam media arus perdana.

Kewujudan stesen TV baharu ini memberi ruang yang luas kepada anak Sarawak untuk menonjolkan bakat, sekali gus mempamerkannya kepada penonton. Ini satu peluang keemasan kepada orang Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak. Len Talif yang juga Adun Kuala Rajang berharap program yang disiarkan mengetengahkan budaya Sarawak sememangnya cukup unik di kaca mata masyarakat luar.

TV Sarawak bakal menjadi media penting yang memberi perkhidmatan saluran televisyen percuma, penerbitan dalam talian dan menyampaikan maklumat.

Sementara itu, Adun Daro Safiee Ahmad berkata, TVS merupakan satu usaha pandangan jauh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain menjadi sumber maklumat masyarakat khususnya rakyat Sarawak katanya, stesen itu juga bakal menjadi saluran tambahan terhadap televisyen sedia ada.

“Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada saluran yang agak terhad siaran terhadap Sarawak.

“Bagi saya, ini satu kebanggaan kepada rakyat Sarawak sebagai sebuah negeri pertama mempunyai saluran TV sendiri.

“Pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi medium untuk menyatu dan meningkatkan lagi keharmonian kaum di negeri ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha