TYT Sarawak hadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja hari ini

KUALA LUMPUR: Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara bermula hari ini.

Datuk Amar Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengiringi Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat selama dua hari tersebut akan berakhir pada Khamis.

Mesyuarat yang dipengerusi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut dihadiri Sultan, Tuan Yang Terutama Negeri dan Ketua Menteri dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

Suara Sarawak