ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menerima kunjungan Datuk Johnny Lim Eng Seng. FOTO: JABATAN PENERANGAN SARAWAK

TYT Terima kunjungan hormat Leftenan Jeneral ATM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Johnny Lim Eng Seng di Astana Negeri, hari ini.

Pada kunjungan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan kepada Tun Wan Junaidi atas bimbingan yang diberikan ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Practice of Good Governance: A Perspective’ sempena Majlis Diners Club Maktab Ketahanan Nasional (NRC) tahun lepas yang membincangkan isu keselamatan dan tadbir urus negara.

Tun Wan Junaidi merupakan salah seorang Penceramah Unggul di NRC.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kepada Tun Wan Junaidi mengenai visi memperkukuh kesiapsiagaan dan pertahanan ATM dengan menekankan kepentingan disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan generasi baharu.

Semasa kunjungan itu, beliau turut menyampaikan buku mengenai sejarah ketenteraan yang menghimpunkan pengalaman veteran, dokumentasi perang serta tradisi kepimpinan tentera kepada Tun Wan Junaidi.

Sementara itu, pengalaman berkhidmat selama 12 tahun di Sarawak merupakan sebahagian daripada dedikasi dan komitmen beliau sepanjang 41 tahun perkhidmatan, yang membawa kepada kenaikan pangkat sebagai Leftenan Jeneral pada Jun lalu.

Hadir sama pada kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Pengarah Kesihatan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD), Brigedier Jeneral Dr Saiful Anuar Ju @ Ju Ahmad.

Tun Wan Junaidi kusyuk meneliti buku. FOTO: JABATAN PENERANGAN SARAWAK

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha