ARTIKEL

Uche Agba buru banyak gol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYERANG utama Sarawak United FC (SUFC), Uche Agba beria-ia untuk menjaringkan seberapa banyak gol dalam saingan Liga Premier 2021.

Beliau mahu memastikan SUFC meraih nata penuh dalam setiap aksi yang diharungi.

“Kami mahu menang… oleh itu saya sentiasa memburu jaringan, lagi banyak lagi bagus jika ia membantu pasukan.

“Namun saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, janji kami boleh menang,” ujar Agba.

Penyerang kelahiran Nigeria itu telah pun menyumbat empat gol setakat ini, dan merupakan penjaring terbanyak Liga Premier ketika ini.

Katanya, dia mendapat kerjasama yang baik daripada rakan-rakan.

“Semangat berpasukan kami begitu tinggi ketika latihan, aksi sebenar atau di luar padang. Itulah kekuatan sebenar kami,” ujar Agba.

“Taktikal jurulatih (Elavarasan) juga memberi impak terhadap keputusan perlawanan.

“Namun kerja keras perlu terus dilakukan untuk membolehkan keputusan lebih baik mampu dicapai,” katanya.

Agba merupakan penjaring terbanyak Liga Bahrain sebelum ini menyertai PDRM dan Melaka United.

Malah beliau juga pernah bersama kelab Bahrain dan Arab Saudi dalam saingan Liga Juara-Juara Kelab Asia.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai