ARTIKEL

Uggah Enggan Ulas Pelaksanaan Sidang Khas DUN pada 7 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengambil pendekatan kunci mulut berhubung pelaksanaan sidang khas sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan pada 7 Julai ini.

Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, ketika ditemui pemberita selepas Perarakan Gawai Dayak 2025 berkata, acara tersebut tiada kaitan dengan persidangan yang bakal diadakan itu.

“Ia tidak ada kena-mengena dengan perarakan hari ini.

“Kalau hendak bertanya tentang berapa banyak pasukan yang menyertai acara hari ini, saya boleh beritahu,” katanya ringkas, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persidangan khas sehari DUN Sarawak susulan notis rasmi yang ditandatangani oleh Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dihantar kepada semua 82 Adun.

Terdahulu pada Jumaat, Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memberitahu, persidangan tersebut kelak bakal menyaksikan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membentangkan sesuatu.

Namun beliau berkata, agenda lanjut berhubung perkara tersebut perlu ditanyakan kepada Premier sendiri kerana pihaknya belum diberitahu maklumat terperinci.

Ia dijadualkan bersidang sehari bermula 9 pagi selaras dengan Peraturan Mesyuarat 8(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak.

Perlembagaan Negeri memperuntukkan supaya DUN mengadakan persidangan sekali dalam setiap enam bulan.

Pada tahun ini, DUN Sarawak bersidang dari 19 hingga 28 Mei lalu, selama lapan hari.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha