ARTIKEL

Gambar hiasan

Ugut Bunuh di Tiktok: Lelaki Didenda RM5,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengguna media sosial didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menghantar mesej ugutan suara melalui aplikasi TikTok bagi menyebabkan kematian terhadap seorang kenalan lelaki berusia 33 tahun, pada 10 Julai lalu.

Tertuduh, Ayub, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis syarikat pembekal makanan di Muara Tebas, kira-kira jam 9.00 malam, 10 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang sedang berada di sebuah kedai makan menerima mesej suara daripada seorang kenalan lelaki menerusi aplikasi TikTok menggunakan akaun bernama ‘Joker Duda Iblis’.

Mesej suara tersebut mengandungi kata-kata ancaman untuk membunuh pengadu dan rakannya.

Kejadian berpunca daripada salah faham antara pengadu dengan tertuduh berkenaan pertukaran nama dalam akaun aplikasi terbabit.

Pengadu kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

Polis turut merampas telefon pintar tertuduh bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil semakan butiran dalam telefon tertuduh mendapati akaun TikTok yang digunakan olehnya adalah ‘Joker Duda Iblis’.

Selain itu, tertuduh mengaku menghantar mesej tersebut kepada pengadu dengan niat untuk mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke