ARTIKEL

Ugut bunuh TYT Sarawak, pemilik akaun FB ‘Raja Rimba’ dicari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook ‘Raja Rimba’ yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana Negeri.

“Setakat ini kita masih mencari pemilik akaun itu,” katanya ketika dihubungi.

Raja Rimba antara lain membuat catatan “Kita serang kroni taib…bakar kilang CMS dan Naim,” dalam satu kumpulan Facebook, NCR Sarawak.

Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik akaun itu turut memuat naik catatan ‘I will kill u’ beserta gambar Taib dalam kumpulan Facebook sama, semalam, dan akaun berkenaan masih lagi aktif buat masa ini, namun kedua-dua catatan ini tidak dapat dikesan.

Dev berkata kes berkenaan disiasat sebagai ugutan jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha