ARTIKEL

Ahsmon Bajah

Ugut peminjam wang dan simbah cat, lapan suspek ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai lapan suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang dengan menyimbah cat di kediaman mangsa sekitar kawasan Kuching telah ditahan sejak awal Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek masing-masing enam lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 47 tahun.

‘’Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Proton Saga serta dua unit telefon bimbit; dua tong cat dan dua bilah pisau, ‘’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu tambah Ahsmon, dua daripada suspek didapati positif dadah jenis amphetamine serta mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan serta penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

‘’Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching amat mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berkaitan sebarang aktiviti kelakuan jenayah dan boleh disalurkan di balai- balai polis berhampiran,’’ katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha