ARTIKEL

Ugut tembak kekasih gelap isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain selama dua tahun ketika dia bekerja di Pulau Solomon, suami yang patah hati bertindak nekad mengugut untuk menembak kekasih isterinya di Nanga Bat, Kanowit.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, kedua-dua lelaki masing-masingnya berusia 44 tahun dan 55 tahun bertengkar menyebabkan suspek mengugut menembak pengadu dengan senapang jenis Bakakok.

“Bagaimanapun, suami dan lelaki disyaki kekasih isterinya ditahan bersama-sama dan selaras senapang Bakakok.

“Kedua-duanya ditahan sekitar jam 10 malam selepas polis menerima laporan insiden tersebut” kata beliau.

Mengikut fakta kes, lelaki berkenaan menerima pesanan audio daripada isteri suspek yang memberitahu suaminya dalam perjalanan ke rumah untuk menembaknya menggunakan senapang Bakakok selepas rahsia hitam mengenai hubungan mereka pecah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

BERITA LAIN

SIDC perluas pengawasan penyakit ke Kapit, Ulu Gedong

GEDONG: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) merancang memperluaskan program pengawasan penyakit ke Kapit dan Zon Ulu Gedong bagi melengkapkan liputan pemantauan kesihatan di Daerah Gedong.

Sharifah Nong-Jasima bangkit genggam ijazah

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung

BERITA TERBARU

SIDC perluas pengawasan penyakit ke Kapit, Ulu Gedong

GEDONG: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) merancang memperluaskan program pengawasan penyakit ke Kapit dan Zon Ulu Gedong bagi melengkapkan liputan pemantauan kesihatan di Daerah Gedong.