ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada delegasi UiTM semasa kunjungan hormat tersebut. (FOTO: UKAS)

UiTM komited majukan hak dan akses kepada pendidikan tinggi bagi rakyat asal Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) komited memajukan hak pendidikan penduduk tempatan, khususnya dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi bagi rakyat Sarawak, kata Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.

“Kami akan memasukkan mereka yang mempunyai tiga atau empat kredit dalam program pra diploma dI kampus kami.

“Ini kerana kami berdedikasi bagi memastikan orang Melayu, orang asli dan anak-anak asal Sarawak mendapat manfaat daripada peluang pendidikan yang kami tawarkan,” katanya.

Tun Wan Junaidi serta isteri merakam kenangan bersama delegasi UiTM dalam kunjungan hormat, di sini, hari ini – Foto: UKAS

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat bersama Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Sarawak ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, hari ini.

Sementara itu, Pro-Canselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz, memberitahu bahawa kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan pengurusan pentadbiran utama UiTM Shah Alam.

Katanya, ini termasuk kampus UiTM Samarahan, Samarahan 2 dan Mukah serta mengemas kini perkembangan program UiTM.

Sehubungan itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Shahrin Sahibuddin, mengetengahkan program Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS).

“Ini adalah untuk pembelajaran jarak jauh yang membolehkan pelajar dan individu bekerja melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

“Kini, tiga kampus di Sarawak sedang ditambah baik bagi meningkatkan keupayaan mereka, dengan kira-kira 400 kakitangan akademik, 800 pensyarah dan tenaga pengajar serta 7,800 pelajar,” jelasnya.

Tambahnya, UiTM bukan sahaja komited untuk menambah bilangan tetapi juga meningkatkan kualiti dari semasa ke semasa bagi memastikan kebolehpasaran graduannya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami