ARTIKEL

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram. | BERNAMA

Ujian padang sistem VAR dari 20 hingga 24 April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA: Ujian di atas padang untuk penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) akan diadakan dari 20 hingga 24 April ini, sebelum penggunaan teknologi bantuan pengadilan perlawanan itu boleh mendapat kelulusan daripada  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kata  Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S.Sivasundaram.

Beliau berkata VAR bakal digunakan di Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula pada Mei ini sekiranya ia mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sivasundaram berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10 bagi penggal 2021-2025 yang turut dihadiri oleh Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM di sini semalam.

Beliau berkata: “Seramai 21 orang pengadil, 20 orang penolong pengadil dan sembilan orang ‘Replay Referee’ telah selesai menjalani latihan VAR yang diktiraf oleh FIFA.” 

Januari lepas, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilaporkan telah menganjak tarikh permulaan musim baharu Liga-M dari 3 hingga 5 Mei kepada 10 hingga 12 Mei susulan pertukaran tarikh pemeriksaan FIFA berhubung sistem VAR. 

Baca lain  Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman

MFL menerusi kenyataan memaklumkan tarikh baharu pemeriksaan sistem itu oleh FIFA yang sepatutnya dilakukan pada bulan ini dianjak pada April. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,