SARIKEI: Tanggungjawab rutin menyalurkan maklumat dasar kerajaan kepada rakyat bukan penghalang bagi Unit Komunikasi Awan Sarawak (Ukas) untuk turut melakukan kerja sosial.
Melalui kerjasama Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang, agensi tersebut turut itu menyalurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban rakyat mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan Pemangku Penyelaras Ukas Bahagian Sarikei, Razali Jidi kepada Pengerusi Masjid Ar-Rahmah, Enon Bujang sambil disaksikan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah.



