ARTIKEL

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KYIV: Ukraine mempunyai simpanan mencukupi untuk bertahan dalam konflik dengan Rusia selama kira-kira enam bulan tanpa sokongan Amerika Syarikat (AS), lapor portal dalam talian RBC-Ukraine pada Selasa, memetik seorang pegawai kanan parlimen, menurut Xinhua.

“Kompleks industri ketenteraan kami diperluaskan dengan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas dan mampu mengimbangi ancaman serta risiko,” kata Fedir Venislavsky, anggota jawatankuasa pertahanan parlimen.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Venislavsky berkata usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan sumber alternatif bagi bekalan senjata yang amat diperlukan.

Menurut beberapa laporan media, pentadbiran AS menggantung penghantaran bantuan ketenteraan kepada Ukraine pada awal hari ini, beberapa hari selepas berlaku perang mulut antara Presiden Ukraine dan Presiden AS di White Househ.

Antara Februari 2022 dan Januari 2025, Washington menyalurkan bantuan ketenteraan berjumlah US$65.9 bilion kepada Ukraine, menurut Jabatan Negara AS.- BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya